Senin, 03 Maret 2014

Salam 1 Malaysia,



Kecoh nampaknya keadaan negara sekarang ini apabila satu perhimpunan haram akan diadakan dalam masa yang terdekat ini. Perhimpunan Bersih 2.0 bakal diadakan pada 9 julai 2011.Tujuan perhimpunan bersih ini diadakan adalah untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung supaya pilihan raya yang bersih dan adil dapat dilakukan. Untuk membaca penuh memorandum tersebut sila baca disini untuk info lanjut. 
 
Pihak kerajaan menentang sekeras-kerasnya perhimpunan bersih atau perhimpunan haram tersebut kerana yakin bahawa perhimpunan bersih bakal menjejaskan keharmoninan negara dan membawa kepada perkara yang tidak diingini. Demokrasi jalanan seperti ini bakal mengundang keburukan berbanding kebaikan.

Namun, lebih ramai bersetuju bahawa perhimpunan bersih patut diadakan pada 9 julai ni. Undian yang dilakukan oleh The Star Online menunjukkan bahawa lebih sejuta rakyat bersetuju perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan terus diadakan.

Jadi, apa kata anda mengenai perhimpunan Bersih ini.

Sumber :- Melvister



0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!