Jumat, 31 Januari 2014


Tepuis adalah gunung yang mempunyai permukaan yang rata seperti meja.  Ia banyak didapati di iGuayana Highlands di Amerika Selatan terutama di Venezuela.
Berikut adalah 10 gunung-gunung yang mempunyai permukaan rata seperti meja.
Keajaiban GUNUNG yang permukaannya rata
Keajaiban GUNUNG yang permukaannya rata
Keajaiban GUNUNG yang permukaannya rata
Keajaiban GUNUNG yang permukaannya rata
Keajaiban GUNUNG yang permukaannya rata
Keajaiban GUNUNG yang permukaannya rata
Keajaiban GUNUNG yang permukaannya rata
Keajaiban GUNUNG yang permukaannya rata
Keajaiban GUNUNG yang permukaannya rata
Keajaiban GUNUNG yang permukaannya rata

Kamis, 30 Januari 2014

Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Kandung Akhirnya Meninggal Dunia

IPOH – Kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa dera ibu kandungnya sendiri akhirnya meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini petang ini.
Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 16 Ogos lalu.
Ibunya, Choong Mee Chin, 30, sebelum ini telah didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiayai anaknya dengan cara memukul kepala dan seluruh badannya dengan menggunakan sebatang rotan di ruang tamu rumah No 19 Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, pada kira-kira jam 9 pagi, pada hari berkenaan.
Bagi tuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas anaknya itu di tempat dan masa yang sama.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan meminta dirinya dibicarakan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihantar untuk pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Hulu Kinta.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 September depan. - Mynewshub.my

Rabu, 01 Januari 2014

(Oleh Arif Juhani)
PUTRAJAYA 1 MAC: NGO Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) mendedahkan, Kementerian Pertahanan (Kementah) menipu berhubung janji pemberian tanah kepada pesara tentera.

Pengerusinya, Asri Buang berkata,  Kementah berjanji menganugerahkan 20 ekar tanah pertanian dan dua lot tapak rumah kepada pesara tentera.
“Janji itu semuanya termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973. Perintah ini juga tiada had dan kekal kerana ditandatangani Yang Dipertuan Agong,” katanya.

Ekoran itu, Pahlawan bakal saman Kementah dan kerajaan Persekutuan kerana gagal tunai janji dan mengabaikan kebajikan pesara tentera.
“Sekarang Pahlawan akan menguar-uarkan perkara ini untuk menarik lebih banyak penyertaan ahli Pahlawan dan pesara tentera menyokong saman ini,” jelas Asri ketika ditemui di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini.

Beliau turut serta bersama delegasi Wanita KEADILAN untuk penyerahan memorandum skandal tanah oleh Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiaah Abdullah.
“Tempoh tentera berkhidmat lama dan kami bersusah payah meninggalkan anak isteri. Malangnya, selepas bersara, kehidupan kami tidak selesa kerana kerajaan gagal menunaikan janji,” katanya.
“Kami berhak menyaman kerajaan ekoran jasa kami kepada negara,” sambung Asri menyatakan saman itu akan dibuat dalam bulan ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan tidak akan mengkaji semula tempoh maksimum pinjaman peribadi serta pembiayaan pembelian rumah untuk kakitangan kerajaan.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (gambar) berkata, tempoh pembiayaan semula pinjaman peribadi selama 10 tahun adalah yang paling lama pernah dicatatkan di dunia kerana kebanyakan negara hanya menetapkan tempoh maksimum enam tahun saja.

“Tempoh 10 tahun itu sudah cukup panjang untuk tempoh maksimum pinjaman peribadi kerana jika mereka membuat pinjaman contohnya untuk membeli televisyen atau mengadakan majlis perkahwinan, ia akan habis dalam tempoh beberapa hari saja.

“Kita tidak mahu mereka dibebankan dengan perbelanjaan yang hanya dihabiskan dalam masa singkat,” katanya.

Menurutnya, ia berbeza dengan pinjaman perumahan di mana ia adalah aset dan menjadi milik mereka selepas tempoh pembiayaan tamat.

“Kami tidak mahu mereka terus terbeban untuk tempoh 10, 15 atau 20 tahun hanya untuk membayar hutang pinjaman peribadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mendesak BNM supaya menangguhkan arahan penetapan tempoh maksimum pinjaman peribadi serta pembiayaan pembelian rumah untuk kakitangan kerajaan.

Baru-baru ini BNM mengeluarkan peraturan baru untuk tempoh maksimum pembiayaan pinjaman peribadi ke tempoh 10 tahun berbanding 25 tahun yang dilaksanakan sebelum ini.

Zeti berkata, pihaknya tidak akan menimbangkan untuk mengkaji semula tempoh berkenaan dan akan tetap menetapkan tempoh pembiayaan selama 10 tahun saja.

“BNM tidak akan mengkaji semula tempoh yang ditetapkan dan ia adalah muktamad,” katanya. – HARIAN METRO
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!