Minggu, 15 Desember 2013


Apabila telefon pintar mampu dimiliki oleh semua orang, laman sosial menjadi tambah meriah.

Antara yang menjadi trend masa kini adalah Instagram. Rata-rata pemilik akaun Instagram amat gemar memuatnaik apa sahaja gambar yang dilihat dan dirasakan menarik untuk dikongsi dengan orang lain.

Tapi, ada juga yang terlalu ketagih dengan Instagram kerana kegemaran mereka memuatnaik gambar sendiri atau orang sekarang panggil, ‘selfie’.

Tak boleh dinafikan, kebanyakan yang suka selfie adalah kaum hawa. Ada tu daripada mula bangun tidur sampailah nak tidur semula, semua gambar diambil dan dikongsikan di laman Instagram.

Orang begini mungkin sukakan perhatian dan gembira apabila dipuji dan ditegur orang lain.

Jika anda pernah menyaksikan orang yang berperangai macam ini atau anda sendiri salah seorang daripadanya, tonton video ini dan sedikit sebanyak pasti dapat dirasakan kebenarannya.
Walau apa pun, jangan sampai teknologi meragut kewarasan kita sudahlah.

Seperti perempuan Filipina ini, kalah dah rumah terbakar dan kena langgar pun masih dok sibuk nak muatnaik gambar di Instagram sebelum meminta bantuan – itu sudah tahap gila namanya! - REM RAMZI

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!